Pautan

Hubungi Kami

MAKMAL SAINS NEURO USM PEMANGKIN PENYELIDIKAN BERTARAF DUNIA MENGHASILKAN PENEMUAN BARU PDF Cetak E-mail
Isnin, 23 November 2009 11:39

Kota Bharu, 17 November - Penubuhan Makmal Sains Neuro di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang pertama seumpamanya di negara ini merupakan sebahagian daripada usaha meletakkannya dalam kelompok universiti terbaik di dunia pada masa depan. Ia selari dengan tuntutan terhadap keperluan tenaga pakar dalam perubatan dan penyelidikan berkait dengan penyakit dan kecederaan melibatkan otak, saraf dan sel yang kian mendesak. Selain berharap kewujudannya sejak 2006 itu dapat menjadi pemangkin kepada penyelidikan bertaraf dunia, ia bagi memenuhi pencapaian sasaran nisbah 10 saintis neuro bagi setiap 100, 000 penduduk menjelang 2020.

Baca Lagi... [MAKMAL SAINS NEURO USM PEMANGKIN PENYELIDIKAN BERTARAF DUNIA MENGHASILKAN PENEMUAN BARU]
 
800 MEMERIAHKAN HARI KAKITANGAN USM PDF Cetak E-mail
Rabu, 28 Oktober 2009 12:03

Kota Bharu : Semangat kerjasama dan kesukanan ditunjukkan kira-kira 800 kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila berkumpul memeriahkan sambutan Hari Warga Staf 2009 di padang USM Kubang Kerian. Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, hari warga staf ke-10 itu mengumpulkan semua kakitangan di Kampus Pulau Pinang, Kampus Kesihatan  Kubang Kerian, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam. 

Baca Lagi... [800 MEMERIAHKAN HARI KAKITANGAN USM]
 
PROFESOR JAFRI MALIN DILANTIK FELO ASM PDF Cetak E-mail
Selasa, 13 Oktober 2009 11:44

Perunding Kanan Pakar Bedah Neuro, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Jafri Malin Abdullah dilantik sebagai felo Akademi Sains Malaysia (ASM)di Kuala Lumpur baru-baru ini. Perlantikan tersebut diumumkan pada Majlis Penyampaian Anugerah Sains Mahathir dan Penyampaian Sijil Perlantikan Felo Akademi Sians Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Isnin lalu.

Baca Lagi... [PROFESOR JAFRI MALIN DILANTIK FELO ASM]
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Valid XHTML and CSS.